Casio GEC-1 Manual de usuario Pagina 9

  • Descarga
  • Añadir a mis manuales
  • Imprimir
  • Pagina
    / 25
  • Tabla de contenidos
  • MARCADORES
  • Valorado. / 5. Basado en revisión del cliente
Vista de pagina 8
9
Mengoperasikan Kamera dengan Alat Kawalan Jauh
Mengoperasikan Kamera dengan Alat Kawalan
Jauh
Operasi di bawah boleh dilakukan pada alat kawalan jauh yang disambungkan
dengan kamera.
Lampu operasi alat kawalan jauh akan berkelip hijau secara perlahan semasa ia
bersambung dengan kamera. Lampu operasi akan berkelip pantas jika tiada
sambungan dengan kamera.
Jika anda menekan butang alat kawalan jauh semasa alat kawalan jauh tidak
dapat mengawal kamera kerana sambungan yang lemah, alat kawalan jauh akan
bergetar untuk memaklumkan anda.
. Untuk merakam filem
Tekan [0] untuk memulakan rakaman. Tekan [0] sekali
lagi untuk menghentikan rakaman.
. Merakam Syot Kilat
Tekan [r/SLOW].
. Mengubah Mod Rakaman kepada Gerak Perlahan Dramatik
Apabila mod rakaman kamera semasa ialah Auto, tekan dan tahan butang [0]
selama kira-kira dua saat untuk mengubahnya kepada Gerak Perlahan Dramatik.
Untuk kembali kepada mod Auto, tekan dan tahan butang [0] selama kira-kira dua
saat sekali lagi.
Semasa mod rakaman ialah Gerak Perlahan Dramatik, lampu operasi akan
berkedip ambar.
Mod rakaman kamera boleh diubah daripada Auto kepada Gerak Perlahan
Dramatik melalui alat kawalan jauh hanya apabila alat kawalan jauh disambungkan
ke kamera. Ia tidak boleh ditukar dengan alat kawalan jauh ketika peranti lain
(pengawal dengan LCD, telefon pintar) juga disambungkan. Untuk maklumat
mengenai operasi semasa kamera disambungkan dengan telefon pintar atau
pengawal dengan LCD, rujuk aplikasi G’z EYE atau dokumen pengguna pengawal
dengan LCD.
Merakam Imej
Menukar ke Rakaman Gerak Perlahan semasa Merakam Filem
(Gerak Perlahan Dramatik)
Vista de pagina 8
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 ... 24 25

Comentarios a estos manuales

Sin comentarios