
51
Menggunakan BEST SHOT
• Imej yang ditangkap menggunakan pemandangan BEST SHOT mungkin tidak
memberikan hasil yang dijangka disebabkan oleh keadaan penggambaran dan
faktor lain.
• Anda boleh mengubah suai tetapan kamera yang dibuat selepas anda memilih
pemandangan BEST SHOT. Namun harap maklum bahawa tetapan BEST SHOT
kembali ke tetapan lalainya apabila anda memilih pemandangan BEST SHOT lain
atau mematikan kamera.
Dengan ciri ini, anda boleh merakan potret sendiri hanya dengan menghala kamera
ke muka anda.
BEST SHOT mempunyai dua pilihan pemandangan potret sendiri.
1. Pada menu pemandangan BEST SHOT, pilih “Potret sendiri (Seorang)”
atau “Potret sendiri (2 orang)”.
2. Tekan butang pengatup sepenuhnya, dan halakan
kamera ke arah anda.
Kira-kira tiga saat selepas anda menekan butang
pengatup, kamera akan tunggu sedia Auto Pengatup dan
memulakan pengesanan muka. Selepas kamera
mengesan bilangan muka, fokus, dan melaras pendedahan
pada tahap sewajarnya, ia akan berbunyi bip dua kali dan
melepaskan pengatup secara automatik.
• Kamera akan menghasilkan bunyi pengatup dan lambu depan akan berkelip
dua kali semasa pengatup dilepaskan.
• Untuk membatalkan tunggu sedia Auto Pengatup, tekan [SET].
• Jika kamera kekal dalam tunggu sedia Auto Pengatup tanpa melepaskan
pengatup, anda boleh merakam imej dengan menekan butang pengatup
sepenuhnya sekali lagi.
• Merakam dengan ciri potret sendiri mungkin menghasilkan imej kabur apabila
merakam di kawasan bercahaya malap, yang menyebabkan tetapan kelajuan
pengatup sangat perlahan.
• Masa cetus Mati Kuasa Auto (halaman 100) ditetapkan pada lima minit semasa
kamera sedang tunggu sedia Auto Pengatup. Tidur (halaman 99) dinyahdaya
semasa Auto Pengatup digunakan.
Merekod Potret sendiri (Potret sendiri)
• Potret sendiri (Seorang): Merakam apabila muka sekurang-kurangnya seorang,
termasuk anda, dikesan.
• Potret sendiri (2 orang) : Merakam apabila muka sekurang-kurangnya dua orang,
termasuk anda, dikesan.
Comentarios a estos manuales