Casio EX-Z88 Manual de usuario Pagina 54

  • Descarga
  • Añadir a mis manuales
  • Imprimir
  • Pagina
    / 139
  • Tabla de contenidos
  • MARCADORES
  • Valorado. / 5. Basado en revisión del cliente
Vista de pagina 53
54
Menggunakan BEST SHOT
. Peringatan BEST SHOT
Beberapa pemandangan BEST SHOT tidak boleh digunakan semasa merakam
filem.
Pemandangan Untuk YouTube tidak boleh digunakan semasa merakam
tangkapan gambar.
Pemandangan Rakaman Suara tidak boleh digunakan semasa merakam
tangkapan gambar atau merakam filem.
Pemandangan tertentu seperti Pemandangan Malam dan Bunga Api akan
menyebabkan tetapan kelajuan pengatup perlahan. Oleh kerana kelajuan
pengatup perlahan meningkatkan kemungkinan hingar digital dalam imej, kamera
secara automatik melakukan proses pengurangan hingar digital apabila salah satu
daripada pemandangan ini dipilih. Ini bermakna ia akan mengambil masa yang
lama sedikit untuk menyimpan imej yang ditunjukkan oleh kelipan hijau lampu
belakang. Jangan melakukan sebarang operasi penting semasa itu. Juga, adalah
lebih baik menggunakan tripod untuk mengelakkan imej kabur disebabkan oleh
pergerakan kamera semasa merakam pada kelajuan pengatup perlahan.
Kamera anda menyertakan sampel pemandangan yang mengoptimumkan tetapan
untuk imej laman lelongan. Bergantung pada model kamera anda, sampel
pemandangan dinamakan sama ada “Untuk eBay” atau “Lelongan”. Imej yang
anda rakam menggunakan sampel pemandangan laman lelongan disimpan dalam
folder khas supaya anda mudah mencarinya pada komputer anda (halaman 102).
Pemekaan Tinggi
Tetapan pemekaan tinggi dinyahdaya apabila denyar kamera nyala.
Pemekaan tinggi mungkin tidak menghasilkan keputusan yang diinginkan dalam
keadaan yang amat gelap.
Apabila menangkap gambar dengan kelajuan pengatup perlahan, gunakan
tripod untuk melindungi daripada kekaburan disebabkan oleh pergerakan
kamera.
Di bawah keadaan pencahayaan tertentu, kamera akan melakukan operasi
penapisan hingar automatik untuk mengurangkan hingar digital dalam imej.
Operasi ini menyebabkan kamera mengambil masa lebih lama daripada biasa
untuk menyimpan imej dan bersedia untuk tangkapan seterusnya.
Imej pemandangan BEST SHOT tidak ditangkap menggunakan kamera ini.
Imej yang ditangkap menggunakan pemandangan BEST SHOT mungkin tidak
memberikan hasil yang dijangka disebabkan oleh keadaan penggambaran dan
faktor lain.
Anda boleh mengubah suai tetapan kamera yang dibuat selepas anda memilih
pemandangan BEST SHOT. Namun harap maklum bahawa tetapan BEST SHOT
kembali ke tetapan lalainya apabila anda memilih pemandangan BEST SHOT lain
atau matikan kamera.
Vista de pagina 53
1 2 ... 49 50 51 52 53 54 55 56 57 58 59 ... 138 139

Comentarios a estos manuales

Sin comentarios