
118
Tetapan Lanjutan (REC MENU)
• Apabila Pengecaman Muka (halaman 116) dihidupkan, tanpa mengira tetapan
Kws AF semasa, pemfokusan “U Spot (Titik)” (tengah) akan digunakan secara
automatik apabila muka tidak dapat dikesan atas sebab tertentu.
Masuk ke Mod RKM * [MENU] * Tab “
r
REC MENU” *
Make-up Level (Tahap Mekap)
Untuk butiran, lihat prosedur Panel Kawalan pada halaman 53.
Masuk ke Mod RKM * [MENU] * Tab “
r
REC MENU” *
Continuous AF (AF Berterusan)
Apabila merakam syot kilat semasa “On (Hidup)” dipilih untuk AF Berterusan, Fokus
Auto dijalankan dan pemfokusan dikemas kini berterusan sehingga anda menekan
separuh butang pengatup.
• Sebelum anda menekan separuh butang pengatup, kamera memfokus di bahagian
tengah skrin. Jika “Face Detection (Pengecaman Muka)” dihidupkan apabila anda
menekan separuh butang pengatup, pemfokusan dijalankan di kawasan muka
dikesan.
• Merakam dengan AF Berterusan boleh menyebabkan getaran dan hingar berlaku
kerana operasi kanta. Ini tidak bermakna berlaku kerosakan.
Masuk ke Mod RKM * [MENU] * Tab “
r
REC MENU” *
Lighting (Pencahayaan)
Anda boleh menggunakan tetapan ini untuk mengoptimumkan keimbangan antara
kawasan cerah dengan kawasan gelap apabila menangkap imej.
• Pencahayaan dinyahdaya semasa rakaman filem.
Merakam Potret Indah (Tahap Mekap)
Merakam dengan Fokus Auto Berterusan (AF Berterusan)
Mengoptimumkan Kecerahan Imej (Pencahayaan)
Tetapan Penerangan
On (Hidup)
Melakukan pembetulan kecerahan. Apabila opsyen ini dipilih, ia
mengambil masa yang lebih lama untuk imej disimpan selepas
butang pengatup ditekan.
Off (Mati) Tidak melakukan pembetulan kecerahan.
Comentarios a estos manuales